Saturday 9 March 2013

New Year

The new begins of US. 

Hmm, sudah lama blog ini mendiamkan diri sehingga ke tahun 2013. Usia pelajar 3 Cadet 2012 sudah pun menginjak ke usia pertengahan remaja iaitu 16 tahun. A lhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana kami sudah pun lalui detik-detik manis, dan pahit bersama di tahun 2013. Kami sudah pun selesai, menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun lepas iatiu PMR. 

Keputusan kami lagu mana ?
Hmm, susah nak cakap. Tetapi ia amat memuaskan hati kami. Kami dapat meningkatkan peratusan gred PMR tahun lepas. Tapi ini bukan pengakhirannya. Kami perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk lalui " Espiemmmmm" OMG ! Macam tak percaya je, tahun depan kami akan menghadapinya.

Tetapi, terasa sangat sayu apabila , ada di kalangan kami, yang berpindah demi kebaikan diri masing-masing. Sangat sebak . Ya Allah, rindunya, aku terhadap mereka tidak dapat diungkapkan dengan kata kata. Ada juga, yang berpindah ke kelas Sastera, Sains Tulen. Kami berpisah, tetapi jauh di sudut hati kami, bahawa kami sentiasa akan bersama. Kami buddyzzz tak akan terpisah.

16 tahun, ya , kami makin matang, makin berpengalaman dalam kehidupan ini. Ada juga di antara kami, yang sudah dibuai alam cinta. Indah , bukan ? Cinta itu lumrah. Ia indah. Tak perlu, rasanya, kita menghina orang bercinta, sedangkan Adam dan Hawa juga bercinta . Kan ? Tetapi, kami tahu, tanggungjawab kami sebagai pelajar, harus belajar untuk masa depan, di samping, menjaga hubungan cinta antara kaum Hawa dan Kaum Hawa. 

No comments:

Post a Comment